Karangan jenis Catatan atau Diari
1. Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang.
2. Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah :
A] Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu.
Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari . Oleh itu
format catatan mesti ditulis dalam hari.
B] Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut.
Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam.
3. Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat.
4. Tulis catatan mengikut urutan peristiwa.
5. Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami.
6. Hanya fakta-fakta penting sahaja yang perlu ditulis. Usahlah membuat huraian pada sesuatu catatan.
7. Antara contoh masa yang biasa digunakan
aktiviti yang berlaku dalam sehari | aktiviti yang berlaku dalam beberapa hari |
Ahad - 10 April 2011 | Selasa |
9.00 pagi | 15 Januari 2011 |
10.30 pagi | Rabu |
16 Januari 2011 | |
12.30 tengah hari | |
Khamis | |
3.00 petang | 17 Januari 2011 |
CONTOH KARANGAN
Soalan : Sediakan catatan diari untuk diri anda sebagai pelajar. Catatan hendaklah dibuat berdasarkan jam bermula daripada anda bangun pagi hinggalah masuk tidur.
Pukul 6.00 - 7.00 pagi
Saya bangun pagi dan terus mandi. Saya menunaikan solat Subuh berjemaah bersama-sama dengan ayah. Setelah selesai berpakaian sekolah, saya bersarapan . Biasanya saya bersarapan dua keping roti dan air milo. Kemudian saya ke sekolah dengan dihantar oleh ibu saya. Saya ke sekolah menaiki kereta. Sekolah saya kira-kira tiga kilometer dari rumah.
Pukul 7.45 pagi - 1.15 tengah hari
Perhimpunan ramai diadakan setiap pagi Ahad. Guru Besar akan berucap. Kalau hari-hari lain, saya dan kawan-kawan berbaris di hadapan kelas. Selepas itu barulah kami masuk darjah. Saya bertugas sebagai Ketua darjah. Saya pastikan murid-murid tenteram dan patuhi peraturan apabila guru-guru tidak ada di dalam kelas. 10.15 hingga 10.45 pagi kami berehat. Masing-masing bergegas ke kantin. Pelajaran disambung semula sehinggalah jam 1.15 tengahari. Saya pulang dijemput oleh ibu.
Pukul 2 - 6 petang
Selepas makan tengahari, saya mengaji Al-Quran di surau. Biasanya, sebaik sahaja masuk waktu Asar, barulah kelas ini selesai. Selepas itu barulah saya berpeluang bermain dengan kawan-kawan. Ibu nasihati saya supaya pulang sebelum 6.00 petang. Watu malam, saya buat kerja-kerja rumah. Tonton juga rancangan televisyen. Biasanya saya masuk tidur pukul 10.00 malam.
Soalan : Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasukkan ke hospital . Tuliskan suatu catatan selama ibu anda berada di hospital.
2 Januari
Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah , aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu.
3 Januari
Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan tidak perlu dirisuakan. Di sekolah , aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.
4 Januari
Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.
5 Januari
Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doaku.
6 Januari
Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pulang bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.