Blogroll


Thursday, December 8, 2011

TUGAS GURU PJK DAN GURU SUKAN

TUGAS guru PJK dan guru sukan

sesi persekolahan akan dibuka semula awal tahun hadapan. bagi guru yang diluluskan pertukaran, mesti seronok kan?. apa pun, walau di mana kita bertugas adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berkhidmat sebaik mungkin.

kali ini saya ingin menarik perhatian berkaitan tugas seorang guru pendidikan jasmani dan guru sukan. kadang kala guru dan pentadbir sendiri agak keliru berkaitan tugas kedua-dua guru ini. kadang kala juga timbul perasaan tidak puas hati terhadap pengagihan tugas yang diberikan.

perlu ditegaskan, guru pendidikan jasmani samalah juga seperti guru sejarah, sains, bahasa melayu dan sebagainya. mudah cerita, guru PJK adalah guru akademik. jadi, tugasnya juga menjurus kepada akademik, p&p dan amali.
yang menjadi ketidakpuasan hati guru PJK... emmmm.. apa saja yang berkaitan sukan ditujukan kepada mereka. nak latih pasukan sekolah pun guru PJK, nak hantar budak ke MSSD pun guru PJK juga.. pendek kata, semua yang berkaitan sukan... guru PJK yang kena..

uiiitt... ini dah lebihhh... tak kan semua guru PJK. mana guru lain?

haaaaa... itu lah sebab ada guru sukan. kebanyakan sekolah mengagihkan tugas ini dengan baik. bagi saya, guru sukan adalah guru yang dilantik oleh sekolah untuk menguruskan pasukan sekolah. macam ni la bagus, tugas dapat sorang sikit...

cikgu PJK?.. cikgu PJK tentu boleh dirujuk untuk memantapkan pasukan. kalau macam ni, tentu cikgu PJK setuju.. kuranglah sikit beban kan?!

GURINDAM JIWA

BAHAN PLBS 02

BAHAN PLBS

TENTU KITA INGAT TENTANG VIDEO INI. IA BOLEH DIJADIKAN BAHAN PEMBELAJARAN DAN JUGA BAHAN PLBS.

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM

 

PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.
"Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.
"Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri," katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.
Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Kosmo Online: 8 Disember 2011

BELAJAR SIFIR TANPA MENHAFAL - SIFIR 7

BELAJAR SIFIR TANPA MENHAFAL - SIFIR 8

BELAJAR SIFIR TANPA MENHAFAL - SIFIR 9

Wednesday, December 7, 2011

KATA ARAH

Kata arah




 




Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.




Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.




Contoh




AtasBawahTepiAntara
HadapanUtaraSisiLuar




Semua hidang itu diletakkan di atas meja.




Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.




Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

KARANGAN BERFOMAT

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )
   
Jenis-Jenis Karangan :
 
A. Karangan Berformat
3.       Karangan jenis Ucapan
4.       Karangan jenis Syarahan
6.       Karangan jenis Berita
8.       Karangan jenis Laporan

PENULISAN - KARANGAN TIDAK BERFOMAT

B. Karangan Tidak Berformat
6.       Karangan Jenis Autobiografi / Biografi

Tuesday, December 6, 2011

KATA KETERANGAN

Kata Keterangan

 

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.

2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:

(a)   Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)

(b)  Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)

2.       Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.

Contoh

cara / gayabegitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktuakan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafibukan, tidak, kecuali1. Orang itu tidak tinggal di sini.
2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanyamengapa, bagaimana, bila1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragammungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.
2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguatamat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.
2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspekbelum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.

Jenis Kata Keterangan Penggunaan dan Contohnya Ayat Contoh
Kata Keterangan Cara untuk menerangkan cara
Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya
1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang.
2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.
Kata Keterangan Bantu untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan
Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya
1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.
2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.
Kata Keterangan Masa untuk menerangkan masa
Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya
1. Saya harus pergi sekarang.
2. Encik Gan akan bertolak esok.
Kata Keterangan Tanya untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab
Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya
1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?
2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?
3. Mengapakah ayah lambat pulang?
Kata Keterangan Darjah untuk menerangkan darjah kata adjektif
Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya
1. Kelakuan budak itu agak ganjil.
2. Sedap betul masakan di restoran itu.
3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
Kata Keterangan Nafi untuk menafikan atau menyangkal
Contoh: bukan, tak, atau tidak
1. Dia bukan orang kampung itu.
2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.
Kata Keterangan Tak Tentu untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti
Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya
1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat.
2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
kata Keterangan Penegas untuk menyatakan penegasan
Contoh: hanya, jua
Dia hanya membeli sebuku roti.
Kata
Keterangan
Kekerapan
untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya
  1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
  2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.
Kata Keterangan Umum untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsungPasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.

KATA BILANGAN

Kata Bilangan

 

1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentusatu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahansuku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahansetiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunankedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkatpertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanyaberapa
Jenis Kata Bilangan contoh

Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.

1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.

1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.

1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.

Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.

1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

KATA PEMBENAR

Kata pembenar




 




Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.




Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.




Contoh ayat




“Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.




“Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin.




“Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik.

KATA SENDI NAMA

KATA SENDI NAMA
  1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
  2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
  3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
  4. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
di·         Digunakan untuk tempat.·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
ke·         Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.·         Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.1. Mereka akan ke Ipoh esok.2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke    petang.3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.4. Cik Bedah ke surau.
dari·         Digunakan untuk tempat, arah atau masa.1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.3. Ely datang dari Kelantan.
daripada·         Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.1. Surat itu saya terima daripada Yatie.2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada      yang diamalkan.6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri   daripada enam belas orang anggota.
Kepada/ akan/terhadapDigunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.1. Devi suka akan rambutan.2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap  ibu bapa.


KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
bagi/untuk
·         Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.
1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang      dipungut.2. Hadiah ini untukmu.
pada
·         Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Peah tiba pada pukul lapan malam.2. Tiket bas itu ada pada Hanim.3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.
demi
·         Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi    kesejahteraan negara.  2. Demi kepentingan bersama, marilah kita    berdamai.
 tentang
·         Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang     masalah negara.
seperti/umpama/laksanabagai·         Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai  orang berada.2. Suaranya merdu  seperti/umpama/    laksana/bagai  buluh perindu.
dengan·         Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
1. Izzat bermain dengan Hazwan.2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.3. Nani belajar dengan tekun.4. Nora menulis dengan pensel.
sejak/semenjak·         Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
    suaminya pulang dari perantauan.
oleh·         Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
    kata-kata ketua mereka.
hingga/
sampai
·         Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/    sampai  larut malam.2. Midah belajar hingga/sampai peringkat    universiti.
dalam/
antara
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
1. Dalam hal ini, kita semua setuju.2. Mereka berbincang antara adik- beradik

KATA SENDI 1

Kata Sendi




 




1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.




2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.




Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
diuntuk tempatDi dalam dompet itu ada wang.
denganuntuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu 1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
keuntuk tempat dan benda konkrit 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepadauntuk menunjukkan orang atau kata ganti diri Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter- 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masa Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatu Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

KATA PEMERI

Kata pemeri

 

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Rojak ialah makanan kegemaran saya.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

KATA NAFI

Kata Nafi

 

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.

Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat

Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

KATA PENEGAS

Kata Penegas

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

- kah- lah- tahJua
JugaSahajaHanyaMemang
LagiPun   

Contoh ayat

Itulah rumah saya.

Pernahkah awak makan sup daging arnab ?

Apatah dayaku untuk menolongnya.

Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

Hanya Kamal yang belum bayar yuran.

Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

KATA PENGUAT

Kata Penguat

 

1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

PalingAgakSungguhAmat
TerlaluNianBenarPaling

3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.

4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.

5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.

2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.

4.     Kereta api itu sangat laju.

5.     Kereta itu laju sangat.

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah-lah-tahjua
JugaSahajaHanyaMemang
Lagipun   

Contoh

1.     Itulah rumah saya.

2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.

3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.

4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.

6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Nafi

1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

 Contoh

a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh

a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh

a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata Pemeri

1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3.     Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.

4.     Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh

a)     Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

b)     Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

c)      Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

BAHAN KSSR

(NEW)
*Elemen Merentas Kurikulum - (Kemaskini Jun 2011)
*Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
*Surat pekeliling ikhtisas bil 11_2010
*Pekeliling Pelaksanaan KSSR PENDIDIKAN KHAS Tahap 1
*Surat Siaran Pelaksanaan Modul Elektif KSSR
*Konsep KSSR

TAHUN 2 ( NEW )
*Panduan Guru BM Thn 2 SK
*Panduan Guru BM Thn 2 SJK
*Bahan Taklimat KSSR Tahun 2 - (Kemaskini Jun 2011)
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Inggeris Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Cina (SJKC) Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Tamil (SJKT) Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Matematik Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Kesihatan Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Islam Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Moral Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Seni Visual Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Seni Muzik Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Sains & Teknologi Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Arab Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Cina (SK) Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Tamil (SK) Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Iban Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Kadazandusun Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Pendengaran Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Penglihatan Tahun 2
*Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Pembelajaran Tahun 2

TAHUN 1
*Bahan Sokongan KSSR BM Tahun 1Bahan Sokongan KSSR BI Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR BC Tahun 1 SJKC
*Bahan Sokongan KSSR BC Tahun 1 SK
*Bahan Sokongan KSSR BT Tahun 1 SJKT
*Bahan Sokongan KSSR BT Tahun 1 SK
*Bahan Sokongan KSSR BA Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Islam Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Matematik Tahun 1 Versi BM
*Bahan Sokongan KSSR Matematik Tahun 1 Versi BC dan BT
*Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Khas - Masalah Pendengaran Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Khas - Masalah Penglihatan Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Khas - Masalah Pembelajaran Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Sains Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 1
*Bahan Sokongan KSSR Muzik Tahun 1Bahan Sokongan KSSR Seni Visual Tahun 1
*Lagu BM
*Senarai Nilai-nilai Murni

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>TAHUN 2 ( NEW )
*Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2 SK
*Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2 SJK
*Dokumen Standard Prestasi BI Tahun 1 dan Tahun 2 SK
*Dokumen Standard Prestasi BI Tahun 1 dan Tahun 2 SJK
*Dokumen Stardard Prestasi Bahasa Cina Tahun 1 dan Tahun 2 SK
*Dokumen Stardard Prestasi Bahasa Cina Tahun 1 dan Tahun 2 SJK
*Dokumen Standard Prestasi Tamil Tahun 2 SK
*Dokumen Standard Prestasi Tamil Tahun 2 SJK
*Dokumen Standard Prestasi Matematik Tahun 2
*Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Jasmani Tahun2
*Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Kesihatan Tahun 2
*Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2
*Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tahun 2 Ver BM
*Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tahun 2 Ver BC
*Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tahun 2 Ver Tamil
*Dokumen Standard Prestasi Dunia Seni Visual Tahun 2
*Dokumen Standard Prestasi Dunia Muzik Tahun 2
*Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Ver BM
*Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Ver BC
*Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Ver Tamil
*Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 2

TAHUN 1
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 1 - SK
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 1 - SJK
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Inggeris Tahun 1 - SK
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Inggeris Tahun 1 - SJK
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Cina Tahun 1 - SJKC
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Cina Tahun 1 - SK
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Tamil Tahun 1 - SJKT
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Tamil Tahun 1 - SK
*Dokumen Standard Bahasa Iban Tahun 1
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Kadazandusun Tahun 1
*Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 1 (Mei 2011)
*Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1
*Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 1 - Versi BM
*Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 1 - Versi BC
*Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 1 - Versi BT
*Dokumen Standard Kurikulum Pend. Moral Tahun 1 - Versi BM
*Dokumen Standard Kurikulum Pend. Moral Tahun 1 - Versi BC
*Dokumen Standard Kurikulum Pend. Moral Tahun 1 - Versi BT
*Dokumen Standard Kurikulum P. Jasmani Tahun 1 - Versi BM
*Dokumen Standard Kurikulum P. Jasmani Tahun 1 - Versi BC
*Dokumen Standard Kurikulum P. Jasmani Tahun 1 - Versi BT
*Dokumen Standard Kurikulum Pend. Kesihatan Tahun 1
*Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 - Versi BM
*Dokumen Standard Kurikulum Muzik Tahun 1 - Versi BC *Dokumen Standard Kurikulum Muzik Tahun 1 - Versi BT *Dokumen Standard Kurikulum Pend. Seni Visual Tahun 1 - BM
* Dokumen Standard Kurikulum Pend. Seni Visual Tahun 1 - BC
* Dokumen Standard Kurikulum Pend. Seni Visual Tahun 1 - BT Pendidikan Khas - Masalah Pendengaran Pendidikan Khas - Masalah Penglihatan

SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management